Powered By Blogger

Friday, 12 July 2019

Aktiviti Hiking Di Kuching Sarawak




Hai,..Bertemu lagi..😎😎😎

Kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman, faedah dan kelemahan saya semasa mengikuti aktiviti Hiking di Sarawak. Sebelum saya mulakan, jawablah secara jujur dalam diri anda...

1. Adakah anda minat dalam aktiviti lasak seperti Hiking ini? 
2. Apa faedah kita dapat dalam aktiviti Hiking ini? 
3. Dan apa pengalaman anda semasa mengikuti aktiviti Lasak seperti Hiking ini?

Pada mulanya, Saya terjebak dengan aktiviti lasak seperti hiking ini semasa saya berada di Sabah sebelum saya dapat kerja di Sarawak. Pada masa itu, ada seorang kawan saya yang dikira sebagai kawan rapat saya merupakan seorang yang sangat aktif dalam apa-apa aktiviti lasak seperti Maraton dan Hiking. Perkenalan saya dengan dia menyebabkan saya berminat dalam bidangnya iaitu hiking. Pada mulanya saya ini kalau sukan atau aktiviti lasak ada kurang sikit. Tapi semenjak kenal si kawan, minat saya itu menyerlah dalam aktiviti Lasak terutama Hiking. Sehinggalah saya dapat kerja di Sarawak, aktiviti tersebut saya masih amalkan.

Kenapa saya MINAT hiking?Apa faedah?
Sebab kenapa? Sebab itulah aktiviti Lasak yang saya rasa sangat best yang tersangatlah menyeronokkan. Kenapa? Sebabnya saya dapat mencabar diri saya untuk sampai ke destinasi(puncak) walaupun saya ini ada montel sikit. Selain itu, badan saya tidaklah kurus sangat tapi tidak juga dikatakan obesiti sebab sejak terkesimpung dalam aktiviti lasak ini, saya rasa badan saya ini sentiasa sihat. Satu lagi, dalam aktiviti lasak seperti hiking ini, bukan saja mendapat kesihatan namun dapat menenangkan fikiran dengan dikelilingi tumbuhan hijau, pokok besar, bunyian burung, dan mendapat udara yang segar serta dapat berkenal kenalan dengan individu yang mempunyai minat yang sama serta sentiasa aktif dalam kesukanan.

Walaubagaimanapun, saya sejak kebelakangan ini ada kurang sudah mengikuti aktiviti lasak seperti hiking ini. Disebabkan masa saya yang padat saya tidak lagi aktif aktiviti lasak seperti dulu. Walau demikian, saya tidakkan lupa aktiviti ini dan saya yakin satu hari nanti atau waktu yang sesuai saya pasti akan aktif semula...

Keburukan aktiviti lasak yang saya lalui...
Sebenarnya aktiviti ini tidak mempunyak Keburukan, dan yang pastinya mendatangkan kebaikan bagi saya. Sebenarnya yang membuatkan kita rasa lemah dalam aktiviti ini ialah datangnya dari masalah diri sendiri, masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Pada saya, aktiviti ini tidaklah membawah keburukan dan apa yang paling penting semasa mengikuti aktiviti lasak ini ialah diri kita. Pastikan diri kita dalam keadaan yang cergas, berdisiplin semasa masuk hutan, serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan orang lain.

Itulah perkongsian cerita saya tentang pengalamn dalam aktiviti lasak. Di bawah adalah gambar-gambar saya dan rakan-rakan rapat semasa Hiking di Kuching Sarawak...









Kawan dari Sabah



No comments:

Post a Comment