Di dalam mengarungi kehidupan banyak ombak dan badai yang akan dihadapi, tapi itulah Seni dari Kehidupan.
Friday, 12 July 2019
Jangan Terlalu Memilih Kerja
Sering kali mendengar bahawa kebanyakan pada zaman teknologi morden kini, masih lagi ramai graduan yang tanam anggur di kampung halamannya dengan tidak mendatangkan hasil. Ramai graduan yang berkelulusan tinggi masih menunggu panggilan kerja di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta. Namun apa yang menyedikan ialah, mereka terlalu memilih kerja sehinggakan masih lagi menganggur.
Pada pendapat saya, kita sebagai warganegara malaysia sepatutnya lebih terbuka mata untung merebut peluang-peluang kerja di dalam negara kita yang terkini. Apa yang terjadi, warga asing yang menguasai kerja seperti pertanian, perkilangan, industri, dan sebagainya. Mengapakah terlalu memilih kerja? Alasan yang paling ketara pada penganggur zaman sekarang ialah, tidak minat kos pekerjaan yang ada. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa kelulusan sekolahnya tidak setaraf dengan peluang kerja yang ada.
Inilah lepasan Universiti pada hari ini. Pada pendapat saya, seharusnya perlu berfikir lebih terbuka. Ambillah peluang untuk mencari pengalaman di semua tempat yang mempunyai keperluan pekerjaan.
Kesimpulannya, jangan terlalu memilih kerja kerana tiada yang dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri yang bertindak. Semoga yang terbaca dengan artikel blogger saya ini anda akan mendapat inspirasi untuk lebih bersemangat lagi dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment