Powered By Blogger

Friday, 12 July 2019

Berfikir Secara Posif


  • Apakah pemikiran positif?
  • Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menumpukan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Ia termasuk melihat kepada aspek positif bagi setiap keadaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik sesuatu perkara.
    Apakah manfaat yang kita dapat dengan berfikiran positif?
i). Kita akan merasa lebih bahagia.
ii). kita akan disenangi dan dihormati.
iii). mudah mendapat kawan.
iv). menjalinkan hubungan sosial yang baik.
v). berupaya untuk menangani stres dengan menukarkan keadaan negatif sebagai peluang untuk belajar.
vi). Cenderung melihat sudut positif orang lain dan ini akan mengurangkan perasaan buruk antara satu dengan yang lain.

    Bagaimana cara untuk berfikiran positif?
Berfikiran positif memerlukan pemerhatian yang positif terhada perkara-perkara yang kita alami di dalam kehidupan seharian. Setiap kali kita dilanda fikiran yang negatif atau kurang rasional, cubalah fikirkan sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif. Apabila kita menyedari berlaku kesilapan dalam fikiran kita, cubalah perbetulkanya.

    Cara perbetulkan fikiran kita ke arah yang lebih rasional ialah;-
i) Senaraikan perkara yang kita suka tentang diri kita dan perkara yang dapat kita lakukan dengan baik.
ii) Lihat perkara perkara yang positif mengenai orang yang kita temui.
iii) Cari bukti sekiranya kita mempunyai kawan yang cuku nakal atau jahat.
vi) Terima apa saja yang positif sebagai hal yang baik.
v) Yakinkan diri dengan kata-kata semangat yang boleh membantu kita.




No comments:

Post a Comment