Powered By Blogger

Thursday, 11 July 2019

Cerita Tentang Kampung Lobong-Lobong




Hai....



Hari ini saya berkongsi sedikit cerita tentang Kampung Lobong-Lobong, Kota Belud, Sabah.Kampung ini merupahkan Kampung tempat kelahiran saya,.. Sebelum itu, ada sesiapa yang pernah datang di Kampung saya ini iaitu Kampung Lobong-Lobong?



Kalau Korang nak tahu, kampung ini sangat-sangatlah best,,,..sebab?


Kampung Lobong-lobong merupahkan kampung yang mempunya kedudukan geografi yang bergunung-ganang, dimana kampung tersebut terletak di bawah kaki Gunung Kinabalu.. Keadaan cuaca yang sejuk-sejuk lembab dan udara yang sangat segar..Jarak kampung lobong-lobong dari Kota Kinabalu ialah 74km dan mempunyai masa lebih kurang 1 jam 30 minit sampai ke destinasi..untuk sampai di Kampung saya ini? anda akan menempuhi jalan raya yang berlengkung-lengkung dan turun naik bukit dengan pemandangan hijau yang inda di siring(tepi) jalan..pekan yang terdekat di kampung Lobong-lobong ialah Pekan Nabalu yang juga merupakan tempat persinggahan yang menarik...kalau tak percaya, tengok dalam gambar saya share...


Korang tahu? kampung lobong-lobong juga merupakan tempat pelancongan, dimana kampung Lobong-lobong mempunya banyak daya tarikan dan salah satunya ialah Tanak Nabalu iaitu sebuah batu yang mirip dengan Gunung Kinabalu..Penduduk kampung Lobong-lobong juga sangat mesra antara satu sama lain mahupun kepada pelancong atau pengunjung kampung ini... Selain itu, kampung Lobong-lobong merupakan tempat orang hiking, dimana sebuah gunung yang dipanggil Gunung Nungkok merupakan tempat pelancongan dan aktiviti lasak seperti hiking..











Selain itu, Kampung ini sebenarnya mempunya sejarah..Menurut cerita orang tua dan orang lama di kampung, sebelum nama Kampung Lobong-lobong ditubukan, kampung Lobong-lobong yang dahulunya dipanggil Pinawantai..Menurut ceritanya, pada suatu ketika dahulu, orang-orang yang melimpasi kawasan Kampung Pinawantai (sekarang kampung Lobong-lobong) sering kali mendengar bunyi gong dan apabila bunyi tersebut orang terdahulu cuba untuk mencarinya namun tidak kelihatan,...Disebabkan itu, nenek moyang telah menamakan kawasan itu sebagai Lobong. Hal ini kerana orang yang bermain gong di kawadan itu tidak kelihatan. Kampung Pinawantai telah ditukar nama barunya iaitu Kampung Lobong-lobong..


 Keindahan alam sekitarnya yang mempunyai pemandangan hijau, bergunung ganang dan sangatlah menarik perhatian ini telah menjadi tempat pelancongan yang pada hari ini,. Penduduk Kampung juga telah bersetuju dalam penubuhan Homestay di kampung lobong-lobong pada hari ini...Kampung ini sebagai Kampung Lobong-Lobong dalam bahasa Malaysia perkataan "Lobong" ialah Kubur, Lobong berasal daripadal Bahasa Dusun...Walau bagaimanapun, sesetengah individu atau wartawan ataupun photograper memanggil kampung ini sebagai Kampung Kayangan..



Sebenarnya, cerita saya nie panjang lebar tentang kampung Lobong-lobong yang perupakan tempat kelahiran saya ini...Tetapi setakat ini saja saya kongsikan dengan anda semua...

silakan lihat video pendek saya itu dan jangan lupa Like dan Subscribe YouTue saya okey???Bantuan anda sangat saya hargai...






Kalau korang nak lagi cerita santai kunjungi blogger saya yang ini yaa

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wahh...indah sekali kampung Lobong-Lobong. Dapat ku gambarkan suasananya yg nyaman dan udara yg segar di sana...

    ReplyDelete
  3. Kg kalangadanku.kg kinosusuon
    The most beautiful is the river of the hole clean and very cold without pollution

    ReplyDelete
  4. Ada senarai2 homestay di kampung lobong2 dgn tel no sekali ka boss?

    ReplyDelete